Ramai nak Remy Ishak, Ezza kahwin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kahwin! Kahwin! Kahwin! Kahwin!”

Itu jeritan rakan-rakan kepada pelakon, Remy Ishak dan Ezza Yusof dalam video yang dimuat naik bekas tunangnya itu di Instagram.

Dalam video berdurasi 2 minit 15 saat itu, Ezza membawa kek dan membuat kejutan kepada Remy pada satu majlis perkahwinan.

“Susah tau nak buat kejutan untuk Remy ni. Bepeluh!” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam video itu juga, Remy diraikan dengan nyanyian lagu hari jadi daripada rakan lain yang berada pada majlis itu.

Hubungan cinta Remy dan Ezza dikatakan kini bertaut semula selepas memutuskan pertunangan mereka pada Februari 2019.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Remy enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perkahwinan dan hubungannya dengan Ezza.

“Saya tak mahu memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkahwinan. Bukan apa. Saya perlu menghormati pihak sana dan kalau boleh, saya tak mahu menyinggung mana-mana pihak sekaligus akan menimbulkan salah faham.

“Apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, saya mohon doa daripada semua,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat