AHMAD MASLAN AKUI TUN FAISAL DIGANTUNG KERANA POLITIK BAHAGIAN – AKTIVIS

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Aktivis media sosial yang juga ahli Umno bahagian Putrajaya, Yuseri Yusoff hari ini tampil mempersoalkan keabsahan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO apabila pihak pengadu ada dalam mesyuarat yang sama.

Beliau juga turut mendakwa tindakan yang telah dikenakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Tun Faisal sebagai satu penganiayaan dan salah guna kuasa.

“Percakapan rakaman audio SUA Umno telah mengesahkan Tun Faisal menjadi mangsa politik bahagian dan kes ini sebenarnya tiada kaitan isu mengkritik Presiden.

“Tun Faisal digantung keahlian 6 tahun, jelas berlaku penganiayaan dan kes membabitkan Umno Bahagian yang mana aku merupakan ahli bahagian tersebut, tegasnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi kerana mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin Umno tanpa mengetahui fakta kes sebenar selain ketika keputusan dibuat pengadu (Tengku Adnan) turut bersama dalam mesyuarat.

“Bagaimana MKT mengesahkan keputusan oleh Lembaga Disiplin Umno ketika orang yang buat aduan (Ku Nan) turut serta bermesyuarat selain ahli MKT langsung tidak diberikan fakta kes?

MKT badan tertinggi sepatutnya menjunjung institusi dan perlembagaan Umno. Malangnya ahli MKT yang ada ketika ini seperti ‘lembu’ dicucuk hidung.

“Pada saya, kes TF peristiwa memalukan Umno, kerana orang terbabit politik wang digantung 3 tahun tapi TF digantung 6 tahun dan pengadu bersama ketika mengesahkan hukuman?” katanya melalui akaun Facebook.

Dalam pada itu, Yuseri juga menyiarkan beberapa halaman jawapan dalam rayuan Tun Faisal yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dokumen yang dipaparkan menyatakan Ketua dan AJK Cawangan hadir dalam satu pertemuan di kediaman Tengku Adnan pada 25 Januari lalu telah diminta tandatangan aduan ke atas Tun Faisal dan diberikan tunai RM100 setiap seorang.

Selain telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tengku Adnan dikatakan memberi ucapan dengan memburukkan Tun Faisal selaku Timbalannya.

Malahan turut dinyatakan Ketua Puteri Umno Putrajaya telah diberikan tekanan psikologi dengan digambarkan sebagai individu yang mempunyai sikap buruk dan dikatakan ahli parti Amanah.

Sebelum ini Tun Faisal dilaporkan digantung keahlian enam tahun selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno mengesahkan keputusan siasatan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat