Ismail Sabri Tonggak UMNO Dalam PN, Layak Dilantik TPM – Penganalis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan dirinya layak menjadi tonggak UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) selaras kedudukannya sebagai pemimpin senior parti dalam kerajaan.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff berkata, sejajar dengan kedudukannya sebagai satu-satunya menteri kanan UMNO dalam kerajaan, Ismail dilihat mampu dan sedang membawa parti itu kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.

“Keberanian Ismail Sabri menegur cara Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) diadakan diharap akan membuka mata ahli-ahli parti di peringkat akar umbi tentang kedudukan semasa UMNO dalam kerajaan.

“UMNO perlu berubah selaras perubahan pantas yang sedang berlaku dalam suasana politik semasa dan Ismail amat sesuai menjadi pemimpin yang memangkinkan perubahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ismail Sabru dalam sebuah rakaman video pada program Bangkit15 di Pahang sebelum ini mengklasifikasikan, PAU2020 sebagai perhimpunan parti paling teruk dalam sejarah parti.
Malah beliau menganggap matlamat PAU2020 tidak mencapai sasaran untuk bekalan kepada akar umbi UMNO mendepani PRU15.

Dalam pada itu tegas Kamarul Zaman, keberanian Ahli Parlimen Bera itu mengulas mengenai isu berkenaan membuka mata banyak pihak mengenai keperluan UMNO untuk mengadakan pemilihan tahun ini.

“Keperibadian beliau yang tidak mempunyai apa-apa kontroversi serta kepopularannya kerana saban hari muncul dalam media massa bagi melaporkan perkembangan terkini penguatkuasaan kawalan COVID-19 menjadikannya tokoh paling sesuai untuk diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika itu difikirkan langkah terbaik untuk menstabilkan politik negara,” ujarnya.

Kamarul Zaman sebelum ini berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pertembungan itu jika tidak ditangani dengan sebaiknya hanya akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim berkata, parti berkenaan wajar memilih presiden baharu pada pemilihan yang perlu dibuat segera selepas Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sehingga 1 Ogos ini tamat.

Kata Mustafa, pemilihan itu sekali gus menyelesaikan isu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikecam secara terbuka akhir-akhir ini oleh sebahagian anggota akar umbi parti itu sendiri.

-Astro Awani

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...