15 agamawan, tokoh Islam masuk PKR hari ini – Anwar

PAROI – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaan 15 individu termasuk bekas hakim mahkamah Syariah dan beberapa bekas pemimpin PAS ke dalam parti itu.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Baharum Hasbullah, bekas Adun PAS Dusun Tua, Razaly Hassan, bekas ketua pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Mereka turut disertai beberapa orang pendakwah, bekas guru agama, bekas imam dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Penyertaan mereka diumumkan Anwar dalam satu sidang media di Negeri Sembilan hari.

Anwar berkata, beliau berharap penyertaan mereka akan mendorong lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai PKR.

“Mengapa kita dukung – suntikan penyertaan ulama, agamawan. Ini adalah kerana fahaman kita kepada Islam itu sebagai agama persekutuan.

“Pengisian yang boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan mereka membuktikan PKR disokong gerakan Islam.

“Sebenarnya kita Keadilan (PKR) ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu. Hari ini kita dibuktikan dengan sokongan teman-teman,” katanya.

Katanya ia sekali gus menangkis momokan bahawa PKR merupakan parti yang mendukung fahaman liberal, pluralisme dan sebagainya.

“Jadi sebenarnya memang kita satu parti yang memastikan bahawa gerakan Islam yang mendukung ini, menggerakkan parti ini bersama-sama di samping kita dalam negara yang majmuk harus memikirkan masyarakat yang lain

“Bukan sahaja masyarakat Melayu Islamnya tetapi juga memikirkan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum yang ada di negara kita,” katanya.

Terdahulu, PKR sebelum ini mengumumkan penyertaan dua selebriti ke dalam parti itu iaitu penyanyi Altimet dan pelawak yang juga pelakon Afdlin Shauki.

 

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...