Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro – COVID (CBRM).

- Advertisement -

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menyatakan sebanyak RM200 juta diperuntukan bagi membantu 33,000 usahawan mikro yang terjejas perniagaan akibat penularan COVID-19.

Bantuan kewangan itu disediakan menerusi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro – COVID (CBRM).

Menerusi CBRM usahawan mikro boleh memohon pinjaman mudah dari Tekun Nasional antara RM1,000.00-RM10,000.00.

Tempoh bayaran semula boleh dipilih antara 6 – 36 bulan mengikut kesesuaian masing-masing.

Siapakah usahawan mikro? Usahawan mikro ditarifkan sebagai perusahaan yang mempunyai pekerja kurang dari 5 orang dan pendapatan tahunan kurang dari RM300,000.00.

Jika anda berminat atau mengenali sesiapa yang berminat bolehlah mengisi borang secara atas talian di : i https://tinyurl.com/PermohonanCBRM atau melayari www.tekun. gov.my
Bantu kami kongsi atau tag artikel ini bersama rakan-rakan usahawan mikro yang terjejas dengan PKP dan Covid-19.

Ia mungkin kecil namun dapat membantu pengusaha kecil memulakan semula perniagaan selepas PKP nanti.

#Covid19 #Medac

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat