Bekas Juara AF Dakwa “Dihalau” Dari Hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang artis, dipercayai bekas juara sebuah rancangan realiti TV mendakwa, beliau tidak dibenarkan masuk ke bahagian kecemasan Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan sekalipun telah mengalami gejala demam selama 3 hari.

Artis berkenaan mendakwa, hanya diarahkan supaya datang semula ke hospital berkenaan pada waktu pagi sedang beliau sudah bersusah payah hadir awal pagi tersebut, termasuk melalui sekatan jalanraya dan sebagainya.

Dalam sebuah video yang tular sejak awal pagi tadi, artis berkenaan dilihat cuba mendapatkan penjelasan dari seorang petugas hospital berkenaan tapi diberitahu bahawa di Kawasan hospital tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman.

Setelah tidak mendapat penjelasan yang dimahukan artis berkenaan mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku ke atas dirinya dalam selepas itu kerana beliau akan memandu balik semula ke rumah seorang diri, selain dirinya yang tinggal bersendirian.

Dalam rakaman sama, artis berkenaan membandingkan tindakan kerajaan yang mahu peserta Jemaah Tabligh datang membuat pemeriksaaan di hospital dengan dirinya yang menyerah diri ke hospital setelah merasa tidak sihat, tapi tidak dibenarkan masuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat