United Tausug buat dakwaan palsu tuntut RM70.2 bilion daripada Malaysia, membimbangkan – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa mereka sebagai “penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu” ke atas Sabah telah membuat tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2) bilion kepada Malaysia di Amerika Syarikat dianggap membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion yang didakwa mereka sebagai “Cession Money” (Wang Penyerahan Wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai “Kerajaan yang berdaulat dan merdeka”, selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

Justeru, Azalina menegaskan, tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh UTC ke atas Sabah perlu ditangani Kerajaan Malaysia dengan segera.

“Hal itu kerana jumlah berkenaan menyamai 16 peratus belanjawan negara,” kata Azalina.

Jelas beliau, baru-baru ini, Malaysia menghadapi tuntutan tidak berasas daripada UTC yang menuntut AS$15 bilion seterusnya pengiktirafan terhadap Sabah.

“Tuntutan sedemikian mengancam integriti negara berdaulat dan prinsip keadilan. Ancaman UTC untuk menyaman Malaysia di AS adalah membimbangkan.

“Kita mesti menangani dakwaan palsu yang mempertaruhkan 16 peratus daripada belanjawan negara kita dan mengeksploitasi timbang tara untuk keuntungan, sama seperti skim pemerasan,” katanya di laman sosial, X miliknya pada Selasa.

Azalina yang kini berada di Paris, Perancis bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel turut menyentuh mengenai isu kes tuntutan Sulu dihadapi Malaysia.

“Saya membincangkan kes Sulu dan risiko pembiayaan litigasi pihak ketiga (TPLF) terhadap kedaulatan negara.

“TPLF sering mengutamakan keuntungan berbanding keadilan, mencabar tujuan teras sistem perundangan kita,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat