Jawi tak kompromi isu maksiat atau promosi bersama selebriti- Menteri Agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak melakukan sebarang gimik terhadap isu maksiat yang menjadi perhatian ramai baru baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Naim Mokhtar menegaskan,
dalam hal ini jika ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak ketiga, pihak penguatkuasaan akan memulakan siasatan.

“Sekiranya siasatan didapati ada kelakuan maksiat berlaku, saya nak tekankan di sini pihak Jawi tiada melakukan sebarang kompromi semata-mata untuk melakukan promosi bersama selebriti atau sebagainya.

“Ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika sidang media Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024.

Terdahulu akhbar melaporkan, Jawi mengesahkan tangkapan pasangan selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat.

Sehubungan itu, Mohd Naim berkata, bahagian penguatkuasaan Jawi akan melakukan tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas melakukan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan melakukan tangkapan.

“Jika terdapat sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak ketiga, bahagian ini tidak ada kontak dengan selebriti atau mana-mana pihak pergi tangkap artis terbabit. Aduan itu dibuat oleh pihak ketiga dan tidak ada kena mengena dengan pihak kami,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat