Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion tahun 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan prestasti apabila mecatat keuntungan operasi lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion bagi tahun 2023 berbanding RM1.6 bilion pada tahun 2022 dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, keuntungan ini didorong oleh dividen dan pengagihan yang lebih tinggi dari syarikat pelaburannya, keuntungan nilai saksama, dan pemeliharaan modal.

“Kami mencatatkan prestasi yang lebih kukuh pada tahun 2023 dengan keuntungan yang melebihi tiga kali ganda berbanding TK2022.

“Tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar bagi Khazanah dan pasaran global, dipengaruhi oleh jangkaan kadar tertinggi Rizab Persekutuan, kadar inflasi tinggi yang mereda, keadaan monetari yang ketat, rali tertumpu dalam kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan lemah di China dan konflik geopolitik yang berterusan.

“Namun begitu, Khazanah kekal berdaya tahan dan menunjukkan peruntukan modal yang berdisiplin untuk memberikan pulangan yang mampan sambil melabur untuk masa depan dan menerapkan kemampanan merentas operasi,” katanya pada sesk taklimat media mengenai Tinjauan Tahunan Khazanah 2024 di sini semalam.

Beliau berkata, tahun 2024 adalah tahun Yang mencabar dengan ketidaktentuan politik yang memuncak di peringkat global.

Namun jelasnya Khazanah sentiasa mengatur strategi dan tindakan bagi pembangunan negara dan memastikan masa depan yang mampan untuk Malaysia.

“Pulangan meningkat pada tahun 2023, didorong oleh portfolio pasaran maju dan pemulihan sebahagian daripada syarikat pelaburan tersenarai kami di Malaysia.

“Pada tahun 2023, Khazanah membuat RM7.3b pelaburan baharu dan memperoleh RM7.2b daripada pengewangan aset.

“Aset Penerbangan dan Pelancongan Khazanah menunjukkan prestasi kewangan dan operasi yang lebih baik,” katanya.

Jelasnya, Malaysia Aviation Group Berhad (MAGB) mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai positif untuk pertama kalinya dalam tempoh setahun penuh, dan Destination Resorts and Hotels (DRH) mencatat pemulihan kukuh pasca pandemik.

“Tiada suntikan modal tambahan diperlukan sepanjang 2023.

“Pada April 2023, Khazanah menerima penarafan kredit penerbit pertamanya iaitu A3 dan A- daripada Moody’s Investors Service dan S&P Global Ratings.

“Penarafan kredit gred pelaburan ini mengiktiraf keupayaan kukuh Khazanah untuk memenuhi komitmen kewangannya, rekod prestasi dasar pelaburan dan pembiayaan yang kukuh, dan peranan penting dalam mengembangkan kekayaan jangka panjang Malaysia.

Tambahnya Khazanah membayar dividen sebanyak RM1b untuk tahun 2023 kepada kerajaan, dengan dividen terkumpul sebanyak RM18.1b sejak tahun 2004.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat