TNB, Siemens jalin kerjasama teroka teknologi penggunaan hidrogen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Siemens Energy menjalin kerjasama untuk menjadi pemangkin kepada penerokaan teknologi dan penyelesaian inovatif bagi penggunaan hidrogen di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy telah memeterai memorandum persefahaman tahun lalu.

Katanya, ia bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa termal TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Lawatan di Jerman dimulakan dengan mengunjungi Siemens Energy yang merupakan salah satu peneraju global dalam teknologi tenaga.

Selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR), kerjasama TNB dan Siemens Energy mampu menjadi pemangkin untuk meneroka teknologi dan penyelesaian yang inovatif bagi penggunaan hidrogen di Malaysia,” ujarnya.

Kenyataan beliau adalah bersempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman selama enam hari mulai semalam dengan kunjungan pertamanya di Siemens Energy yang juga antara syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja, menceburi keseluruhan landskap tenaga daripada tenaga konvensional hingga tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga serta pengelektrikan proses perindustrian kompleks.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat