PM bertemu pemimpin industri Jerman di Berlin

- Advertisement -

BERLIN – Lebih 35 pemimpin industri dan perniagaan menyertai mesyuarat meja bulat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Perdana Menteri, yang tiba di sini pada Ahad, mengambil peluang untuk memberi jaminan kepada perniagaan Jerman bahawa Malaysia kekal sebagai antara lokasi terbaik dan pilihan untuk pelabur.

Syarikat daripada ekonomi terbesar dunia itu yang hadir pada sesi tersebut terlibat dalam sektor seperti tenaga, peranti perubatan, semikonduktor, elektronik, jentera, automotif dan aeroangkasa.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Siemens AG Dr Roland Busch, CEO B. Braun GmbH Anna Braun dan CEO Melexis Marc Biron.

Turut hadir Presiden Airbus Asia Pacific Anand Stanley dan Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Dr Susanne Lehmann dan Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG Dr Rutger Wijburg.

Selain itu, wakil dari Dewan Perniagaan Jerman, Dewan Perniagaan Malaysia-Jerman dan Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW).

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Pada masa ini, terdapat lebih 700 syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia, mewujudkan 65,000 pekerjaan.

Jerman telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia dengan Jerman naik 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (US$13.90 bilion) daripada RM59.87 bilion (US$13.62 bilion) pada 2022. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat