20 rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya terbakar

KOTA KINABALU – Kira-kira 20 rumah musnah dijilat api dan berpuluh rumah lagi dijangka akan terbakar dalam kejadian di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya sebentar tadi.

Api dikatakan mula marak memusnahkan beberapa rumah kira-kira pukul 8 malam tadi, sebelum merebak hampir ke seluruh perkampungan atas air berkenaan.

Difahamkan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga terpaksa menggunakan bot bagi membawa peralatan memadam api ke lokasi kejadian.

Menurut sumber, ratusan penduduk juga dilihat terpaksa menaiki bot secara beramai-ramai bagi menyelamatkan diri dan harta benda.

Malah katanya, ada juga yang dikatakan terpaksa terjun ke laut bagi menyelamatkan diri masing-masing.

“Penduduk yang berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki bot dikatakan bergerak ke kawasan selamat di pulau berkenaan.

“Kebakaran juga mengakibatkan berlakunya beberapa bunyi letupan yang berkemungkinan berpunca daripada tong gas yang terbakar,” katanya. -K!ONLINE

 

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...