PH tak boleh ‘kunci mati’ mesti terbuka berpakat dengan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PH digesa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO pada PRU-15 akan datang,” kata penyokong setia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman mengemukakan cadangan itu kerana menganggap ia akan menguntungkan gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

“PH tidak seharusnya bersikap ‘kunci mati’ pintu kerjasama terhadap mana-mana pihak kerana situasi politik semasa sentiasa berubah-ubah.

“Sekiranya agenda reformasi yang menjadi dukungan PH boleh diterima oleh pihak lain, tidak mustahil satu kerjasama politik boleh dijalinkan,” kata Syed Badli Shah memetik MalaysiaNow.

Beliau antara yang lantang mendesak jawatan perdana menteri diserahkan kepada Anwar semasa PH menjadi kerajaan.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika audio suara dikatakan mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu rakan partinya agar menyokong Anwar tersebar.

“Dia dua kali masuk penjara. Katakanlah dari segi tindakannya bersih, hubungannya dengan Allah Ta’ala kita tak tahu, saya tidak pernah tengok,” kata suara lelaki mirip Zahid dalam rakaman itu.

Seorang pembantu Zahid memberitahu mengetahui mengenai kewujudan rakaman audio itu namun tidak boleh memberikan pengesahan tentang kesahihannya.

Zahid dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebahagian daripada pasukan Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam UMNO pada 1990-an, kedua-duanya berusaha keras menarik UMNO untuk bekerjasama dengan Presiden PKR itu.

Pada Oktober media mendedahkan isi kandungan surat kedua-dua pemimpin itu kepada Istana yang menyatakan sokongan mereka kepada Anwar untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid dan Najib adalah antara sekumpulan pemimpin UMNO yang mendakwa partinya diketepikan oleh Muhyiddin daripada jawatan kanan kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat