Thailand Tangguh Pemberian Vaksin AstraZeneca

- Advertisement -

BANGKOK: Thailand menangguhkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca selepas beberapa negara Eropah menggantung sementara program vaksinasi berikutan kebimbangan pembekuan darah penerima vaksin berkenaan.

“Walaupun kualiti AstraZeneca baik, beberapa negara menangguhkannya.

“Kami akan tangguhkan,” kata Penasihat Jawatankuasa Vaksin COVID-19 Thailand, Piyasakol Sakolsatayadorn.

Semalam pihak berkuasa kesihatan Denmark menggantung sementara penggunaan vaksin AstraZeneca berikutan segelintir pesakit mengalami masalah pembekuan darah selepas menerima suntikan.

Langkah itu diambil berikutan laporan kes pembekuan darah yang serius dalam kalangan mereka yang disuntik vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Sebelum itu, tindakan sama diambil Austria selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia disebabkan masalah pembekuan darah yang teruk, beberapa hari selepas menerima suntikan.

Empat negara Eropah lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg juga menggantung penggunaan vaksin terbabit, yang turut dihantar ke 17 negara Eropah lain membabitkan satu juta suntikan. – AFP

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat