Menantu Presiden Pas doakan Bersatu kembali kukuh, stabil

KUALA LUMPUR – Ketua Pas Sungai Buloh Zaharuddin Muhammad mendoakan agar parti Bersatu kembali kukuh dan stabil.

Dalam hantaran Facebook menantu Presiden Pas itu, beliau berkata harapannya terhadap Bersatu itu mendapat reaksi daripada kelompok yang kurang senang.

“Saya doakan Bersatu kukuh dan stabil. Kenapa ada pihak meroyan? Adakah bila Bersatu lemah dan pecah bawa kekuatan kepada Pas?

“Yang gembira ada dua jenis, nak bolot kerusi dan jawatan sebab tanpa Bersatu banyak kerusi kosong termasuk kerusi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Manakala jenis kedua yang suka ialah Pakatan Harapan (PH) sebab mereka faham jika go solo susah Pas nak menang besar.

“Tambahan, jenis ketiga yang gembira ialah pentaksub kepada kumpulan offshore konon-konon dengan harapan putus dengan Bersatu maka Muafakat Nasional (MN) akan bertaut. Khayal,” kata Zaharuddin.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman lawan ‘jebon 1.0’ di mana banyak pendirian mereka menggunakan platform parti.

“Ada pihak cuba lagakan yang saya hina kenyataan Presiden. Please la ye, kalau jebon 1.0 jelma jadi jebon 2.0, tolong reserve sikit la. Nanti jelas orang nampak.

“Point saya mudah, dulu Allahyarham Nik Azaiz pernah dilihat bertembung dgn Presiden isu Kerajaan Perpaduan kerana salah guna platform parti akhirnya awam melihat Mursyidul Am dan Presiden serta tim Mursyidul Am dilihat bertelagah dengan Mursyidul Am.

“Point saya clear, iaitu pemimpin tidak bertelagah. Mursyidul Am dan Presiden tak bertembung. Tak ke pelik ada pihak beria-ia nak nayatakan “sungguh mereka bergaduh” dengan membenarkan cerita-cerita media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut Zaharuddin berkata, pengalaman tahaluf sebelum ini, antara punca kerosakan tahaluf ialah wujudnya zon penampang atau onshore jika daratan atau offshore jika zon laut.

“Ia sebagai satu kiasan warga kedua-dua parti seumpama dua warga negara yg ada kepentingan bersama, bertemu, merancang dan memasuki negara atau parti lain melalui perbincangan di zon penampang.

“Jika waktu Pakatan Rakyat dahulu, zon panampang ini dikenali sebagai kumpulan Anwarinas. Mereka berada di zon Penampang, mempunyai agenda dan kepentingan bersama. Contohnya partinya tidak mencalonkan dia sebagai TPM atau MB, tetapi kumpulan di Zon Penampang ini menawarkannya jawatan TPM, MB atau seumpanya. Maka bekerjalah dia untuk kumpulan Zon Penampang ini.

“Kumpulan ini bergerak secara senyap dan beragenda, menguasai media kedua parti dan media perdana. Menaikkan imej seseorang yang mereka dah line upkan sesama mereka, menipu ahli sendiri demi menjayakan agenda group Penampang ini.

“Dalam pengalaman lepas, ada orang-orang Pas dah dijanjikan sebagai TPM jika Pakatan Rakyat menang Malaysia. Maka bekerjalah mereka untuk kumpulan offshore ini. Hatta akhirnya mereka terpaksa lawan Majlis Syura Ulama, lawan Timbalan Mursyidul Am dan sebagainya.

“Kumpulan offshore ini menggunakan pengaruh mereka melalui menguasai post strategik. Keputusan kumpulan offshore ini diumumkan melalui media rasmi parti sehingga ahli-ahli menganggap itu keputusan parti atau pendirian Mursyidul (zaman itu Nik Aziz) atau pendirian Presiden. Padahal platform rasmi pada waktu itu seperti FB Presiden, ruangan Harakahdaily pada waktu itu, bukan Presiden pun yang tulis.

“Jika dahulu, sampai masuk media perdana konon-konon Allahyarham Nik Aziz waktu itu bersetuju untuk si fulan bin si fulan bakal jadi MB Kelantan selepas Allahyarham.

“Padahal tak ada pun keputusan parti atau keputusan Nik Aziz. Kita orang dalam tahulah. Itu kerja media yang mereka bayar. Tapi kita nak sanggah susah walau akhirnya saya terpaksa sanggah dengan langkah pertama Strategi Ular Daun. Gegak gempitalah kumpulan ahli syurga waktu saya kritik strategi ular daun kumpulan ini.

“Dulu sering awam melihat Mursyidul Am dan Presiden bertelagah isu Kerajaan Perpaduan. Padahal tidak pun. Waktu itu saya terlibat secara langsung dalam konflik ini sebagai jambatan kedua-dua pihak. Saya cukup faham strategi dan helah kumpulan ini,” ujar Zaharuddin.

Beliau turut menegaskan beberapa perkara iaitu, kumpulan yang menyuburkan agenda geng penampang ini ialah kumpulan ahli syurga -iaitu kumpulan yang khayal seolah-olah mereka sedang berada dalam syurga yang hidup semuanya bersama malaikat tanpa iblis.

Jelas Zaharuddin, kumpulan ini cukup marah bila kita bagitahu si fulan pengkhianat parti.

“Sikap ini bercanggah dengan asbab turun surah al munafkun dan beberapa hadis yang mengajar kita, jika ada dakwaan, siasat, tanya bukan terus tolak seumpama dakwaan keburukan itu dituju kepada malaikat. Bagi mereka semuanya yang ditujukan kepada pemimpin adalah fitnah kerana mereka khayal berada dalam syurga tanpa Iblis. Sebab itu Pak Daeng pesan, “kalau dalam saf solat ada iblis, jangan ingat saf jemaah Islam tak ada Iblis.

“Kumpulan yang tidak boleh bezakan antara kepimpinan fukaha dan kepimpinan wilayah al faqih yang dipegang oleh syiah. Pemimpin tidak boleh dikritik terbuka, tidak boleh dipersoal terbuka dan keputusan pimpinan sepastinya terbaik. Kumpulan ini tersasar dari tarbiah sebenar di mana Saidina Umar ditegur terbuka di banyak keadaan.

“Saya bimbang krisis di Perlis ini adalah berpunca daripada kumpulan yang berada di zon offshore ini. Saya agak arif isu Perlis dan setahu saya Tan Sri Muhyidin tidak terlibat dengan penukaran MB.

“Persoalannya kenapa selepas jatuh MB Pas terus muncung senapang dihalakan kepada beliau sedangkan beliau sedang sakit dan berada dalam wad di UK.

“Jatuhnya kerajaan disebabkan oleh Pas memecat 3 adunnya dan yang pelik kenapa 3 Adun nak kembali kepada Pas ditolak sekeras-kerasnya oleh pihak tertentu? Padahal kalau kita terima sebagaimana saranan Mursyidul Am, sebulan dua lagi Pas boleh jadi kerajaan balik di Perlis.

“Soalannya kenapa? Soalannya juga betulkah 3 Adun ini sign SD sebagaimana didakwa? Saya bimbang strategi yang disebutkan oleh Sun Tzu The Art of War sedang berjalan, iaitu strategi berbunyi : “借刀杀人 (Jiè dāo shā rén) “Meminjam pisau orang lain untuk membunuh musuh.” Dengan kata lain, ada pihak pinjam pisau Bersatu untuk menjatuhkan MB PAS di Perlis?

“Saya tegaskan sebagai penutup: masih ada seorang jebon dulu yang terlepas sampai sekarang. Jebon ini pernah naikkan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang walau kita dah rancang waktu itu untuk naikkan Ustaz Fauzi. Nak tahu boleh jumpa saya, jika anda betul-betul orang Pas saya akan cerita,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat