TH sudah tetapkan had umur 15 tahun ke atas, tak terkesan Arab Saudi larang kanak-kanak tunai haji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Tabung Haji (TH) menetapkan had umur 15 tahun ke atas sahaja yang layak menunaikan ibadah haji.

“Jika kita lihat pengumuman kerajaan Arab Saudi, larangan itu untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Dalam konteks kita (Malaysia) TH meletakkan umur bagi menunaikan ibadah haji adalah umur baligh iaitu 15 tahun.

“Jadi (jemaah kita) tidak terkesan dengan peraturan baharu ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Biasiswa Pelajar Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Menara MAIWP, pada Rabu.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan peraturan baharu bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan luar biasa setiap tahun ketika musim haji.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im percaya peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi itu dibuat selepas kajian mendalam bagi memastikan perjalanan haji berjalan dengan baik.

“Kita menghormati apa yang Arab Saudi tetapkan. Peraturan ini tak lain tak bukan untuk pastikan perjalanan haji kali ini berjalan dengan lancar.

“Kemungkinan kita tengok pada tahun lalu apabila kanak-kanak kecil dibawa sekali, ketika musim haji dengan berjuta orang ada di Makkah… ada kemungkinan tak sesuai untuk anak-anak ini dengan suhu begitu panas.

“Ia akan menyebabkan kesukaran untuk ibu bapa yang bawa anak kecil dan begitu juga dengan perjalanan haji mereka.

“Di sini Arab Saudi bertanggungjawab untuk pastikan ibadah haji dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah bila anak ini dah sampai umur baligh, sampailah kewajipan untuk tunai haji,” lapor BH.

Sebelum ini, TH dalam satu kenyataan, memaklumkan seramai 31,600 jemaah tanah air ditawarkan untuk menunaikan haji 1446H/2025M.

TH menerusi laman webnya memaklumkan penerbangan pertama jemaah dijadualkan pada 29 April bersamaan 1 Zulkaedah 1446H.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat