Tiga premis kerajaan terima ancaman bom palsu daripada individu di luar negara

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan telah menerima emel ancaman bom palsu daripada individu sama, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, antara premis itu adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Menurut Raub, emel tersebut merupakan emel sama dihantar daripada individu sama yang berpangkalan di luar negara.

“Setakat ini di daerah Johor Bahru, kita telah terima tiga laporan polis daripada premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima emel yang sama.

“Nampaknya pengirim emel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan pihaknya telah melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman memaklumkan, lebih 500 kakitangan diarah keluar bangunan tengah hari tadi.

“MBJB telah menerima satu emel yang mengandungi unsur ancaman bom dari individu mendakwa bernama Takahiro Karasawa dengan nama emel ([email protected]) pagi ini.

“Susulan penerimaan emel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan,” jelasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat