Bekas Ahli Parlimen PKR dihadapkan ke mahkamah esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Parlimen Kapar akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan kesalahan menggunakan perkataan yang mengaibkan.

Difahamkan, bekas ahli Parlimen yang pernah berkhidmat sebagai Ketua PKR Cabang Kuala Selangor itu akan didakwa di Mahkamah Majistret 1, Shah Alam, pada jam 10 pagi.

Beliau yang keluar PKR pada 2018, akan dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan mengaibkan.

Parlimen Kapar kini diwakili Dr Halimah Ali daripada PAS.

Berdasarkan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, sesiapa yang menggunakan perkataan kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan kertas bertulis atau lukisan kurang sopan mengugut aib atau menghina dengan tujuan membangkitkan kemarahan boleh didenda tidak melebihi RM100. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat