SKMM Nafi Keluar Surat Penerimaan, Sokongan Kerja Pembinaan Infrastruktur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan surat penerimaan dan sokongan kerja pembinaan infrastruktur di bawah pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan penyebaran surat penerimaan dan sokongan yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

“Surat berkenaan menggunakan kepala surat SKMM dan nama seorang pegawainya berhubung penerimaan dan sokongan kepada pemohon untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur di bawah pelan Jendela.

“Kandungan surat antara lain menyebut bahawa SKMM menerima dan menyokong pendaftaran pemohon untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur di bawah pelan Jendela Kluster 1 hingga 4 di Kedah, Kluster 6,7,9,10 dan 11 di Perak serta Kluster 65,66,70,72,74,76,77, 80, 81, 83, 84, 85, 87 dan 90 di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

SKMM turut menegaskan surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh SKMM dan dikesan kesilapan pada surat berkenaan membabitkan penggunaan logo SKMM lama serta jawatan semasa yang dijawat oleh pegawai berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat, emel mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Sekiranya terjumpa kandungan yang mencurigakan, laporkan perkara itu dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil oleh pihak berkuasa,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat