Mildef Perkenal Kereta Perisai Buatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Feb– Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan automotif untuk industri pertahanan di negara ini telah membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4). 

Menurut syarikat itu, kenderaan berperisai Mildef HMAV 4×4 dibangunkan bagi menyelesaikan cabaran sokongan selepas jualan dalam perkhidmatan tentera disebabkan terlalu bergantung kepada pembekal antarabangsa. 

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kami berbesar hati untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya membina dua unit prototaip dan ianya bersedia untuk diuji,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Mohd Nizam Kasa dalam satu kenyataan hari ini.

Pembangunan HMAV telah dibantu oleh agensi pertahanan Malaysia iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) serta Angkatan Tentera Malaysia dalam mengesahkan reka bentuk termasuk pembangunan kenderaan mengikut aplikasi standard ketenteraan. 

Selain membekalkan kepada pasaran Malaysia, Mildef merancang untuk menembusi pasaran ASEAN sebelum meneroka peluang bagi mengeksport kenderaan ke rantau lain.

Menurut syarikat itu, HMAV mempunyai platform modular yang boleh disesuaikan mengikut spesifikasi setiap negara.

Syarikat itu telah memberi kontrak kepada pengeluar jentera dan peralatan Amerika Syarikat, Caterpillar untuk membekalkan enjin kenderaan berkenaan, yang disebut sebagai “enjin yang paling mantap dengan teknologi termaju serta lasak yang ada di pasaran.” 

Dilengkapi dengan fungsi artileri, grenad dan anti periuk api, ia turut dipasang dengan tenggekan senjata kawalan jauh yang membolehkan turet senjata kenderaan itu menembak secara 360 darjah semasa bergerak. 

– BERNAMA  

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...