Gagal tebuk atap, Sanusi disaran fokus bangunkan Kedah – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memandangkan pertukaran kerajaan pusat gagal maka Datuk Seri Md Nor disarankan fokus membangunkan negeri Kedah, kata Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa langkah kerajaan tebuk atap yang direncana pada 18 Disember gagal direalisasikan.

“Sanusi tidak perlu berseronok macam itu (berkaraoke) kerana kerajaan tebuk atap 18 Disember tidak berlaku.

“Sanusi ditipu oleh scammer politik. Sanusi tidak perlu hore hore. Elok berhentilah berkaraoke.

“Tidak perlu jadi populis dengan cara itu. Fokus bangunkan Kedah kerana pertukaraan kerajaan pusat gagal,” syor Puad.

Pada 7 Januari lalu, Sanusi mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya.

Sanusi berkata demikian mengulas mengenai SD untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat