PAS ‘tertarik’ jaminan kerajaan tak seleweng PADU jadi bahan kempen PRU-16

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS sinis dengan jaminan kerajaan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan diseleweng sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyamakan jaminan kerajaan itu dengan ikrar Pakatan Harapan (PH) pada Ogos 2022 kononnya akan menyambung kembali siasatan berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang sebelum ini dihentikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi mandat pada PRU-15.

“Saya tertarik apabila kerajaan memberikan jaminan bahawa PADU tak akan diseleweng sebagai bahan kempen PRU16.

“Ini satu perkara yang menarik.

“Untuk rekod, PH juga memberikan jaminan untuk menyiasat semula siasatan skandal LCS jika berkuasa,”bidas Ahli Parlimen Pasir Mas pada Jumaat.

Pada 6 Januari lalu, kerajaan memberi jaminan PADU tidak akan digunakan sebagai bahan kempen dalam PRU16.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan memastikan data peribadi dalam sistem berkenaan tidak akan disalahgunakan.

“Mana-mana agensi yang menyediakan data kepada PADU perlu mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh JPDP yang kini berada di bawah seliaan Kementerian Digital.

“Jadi, ia tidak boleh disalahgunakan dan saya percaya walaupun ada pihak yang menyalahgunakannya sebelum ini, kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat