Zahid Maafkan Pengkhianat Umno Tapi Lembaga Disiplin Tetap Pantau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaafkan 10 ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan (SD) yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Meskipun memilih untuk memaafkan 10 ahli Parlimen itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tetap mahu kesemua mereka menarik balik SD dan beliau bersama Lembaga Disiplin Umno akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan tiada sebarang gerakan tersembunyi yang menyimpang dari landasan Kerajaan Perpaduan.

“Saya mengambil pendirian bahawa 10 ahli Parlimen itu terdiri daripada BN dan Umno, tapi peristiwa itu berlaku ketika dalam usaha pembentukam kerajaan ketika itu di mana tidak ada mana-mana parti gabungan yang mempunyai kelayakan untuk melepasi 50 peratus daripada kerusi Parlimen.

“10 ahli Parlimen ini mesti menarik balik surat sokongan dengan melakukan revocation of SD, ertinya membuat surat akuan sumpah untuk menarik balik.

“Oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan dan saya nyatakan bahawa saya telah memaafkan apa yang telah berlaku itu. Tetapi saya akan terus bersama dengan Lembaga Disiplin melakukan pemantauan terhadap pendirian yang ada sekarang dan juga mereka mengadakan mana-mana gerakan.

“Tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama Umno dan BN dalam mendukung Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang,”katanya ketika ditemui media di Lobi World Trade Centre (WTC) pada Khamis.

Bagaimanapun Zahid yakin bahawa kesilapan yang dilakukan 10 ahli Parlimen itu kerana situasi politik ketika itu tidak menentu.

“Pendedahan yang saya buat dalam majlis taklimat itu adalah pendedahan tertutup, saya cuma berkongsi maklumat kerana mereka harus tahu apa yang berlaku di sebalik penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Oleh kerana kita harus bergerak ke hadapan dengan bergerak seiring dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan BN.

“Kita mesti bergerak dalam satu pasukan, 10 ahli Parlimen itu kini sudah bersama dengan 30 yang lain,” katanya.

Ditanya berkenaan gerakan’reset Umno’, Zahid berkata beliau akan membentang ucapan dasar Presiden Umno pada Jumaat dengan mengemukakan hala tuju baru Umno.

“Kita menyantuni perbezaan pendapat dikalangan mereka yang berminat ‘reset’ parti yang penting ‘reset’ ini boleh kita lakukan bersama-sama, tidak sepatutnya wujudkan dua kabilah 2 berbeza.

“Umno akan buat perubahan secara drastik, esok Jumaat ucapan dasar Presiden saya akan bentang hala tuju baru Umno yang akan menjadi tulang belakang kepada BN, Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan juga gerakan massa yang harus mendakap semula akar umbi dan mereka yang tidak berparti supaya dapat bersama mmemahami mendukung dan menyokong BN,” ujar Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat