Wanita Umno Kedah Gesa Wujud RUU Anti Manipulasi Agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wanita Umno Kedah menggesa satu Rang Undang Undang (RUU) Anti Manipulasi Agama (AAMA) dikemukakan untuk dibahas dan diluluskan di sidang Parlimen.

Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Norma Awang berkata, RUU itu sebagai langkah bagi menjamin kemurniaan Islam selaku agama Persekutuan mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang mendasari seluruh kehidupan.

Menurut Norma, ia bertujuan bagi mengelakkan pihak berkepentingan dengan mudah menggunakan nama Islam untuk kemahuan diri dan keuntungan sedikit yang akhirnya menyebabkan imej Islam tercela.

“Sampai bila kita harus membiarkan pihak tertentu menggunakan Islam sebagai nama parti dan organisasi mereka semata mata mahu menunjukkan bahawa mereka itu lebih Islamik dari yang lain. Sehingga wujud penlabelan, permusuhan, pecah belah dalam masyarakat dan kekeliruan pemikiran dalam kalangan umat.

“Lebih malang dalih dan tasfiran al-Quran dibuat ikut selera mereka. Jika serasi dengan kehendak mereka, halal. Jika bercanggah maka hukumnya dikatakan haram. Sampai bila kita mahu membiarkan puak ini mengambil alih peranan Allah selaku pemegang anak kunci syurga dan neraka?

“Apakah setiap kali pilihan raya atau ketika bukan musim pilihan raya kita akan didendangkan dengan dengung Arab menerusi kata kata dan bunyian ‘pangkah dan sokong kami masuk syurga, pangkah parti lain masuk neraka, pergi tunai umrah dan haji di musim pilihan raya hukumnya haram dan berdosa’,” katanya ketika perbahasan pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berbahas dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno 2022.

Mengulas lanjut, Norma berkata, ulama sebenar sepatutnya tahu menjaga adab dan bukannya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan Islam atau mudah menjatuhkan hukuman.

Beliau berkata, ini kerana Islam menyuburkan kasih sayang, ukhwah dan silaturahim.

“Kita tidak mahu lagi ada propaganda dan wayang sandiwara, misalnya air penerang hati patuh syariah, parti jenama cop Islam paling wahid walau kelakuan tidak melambangkan ajaran Islam sebenar.

“Kita juga harus berpijak di bumi nyata dengan tidak mudah diauta kononya jka musibah melanda negeri ditadbir BN, itu adalah laknat dan bala dari Allah dan sebaliknya jika berlaku negeri puak lebai.

“Demikian juga jika pemimpin Pak Lebai membeli Mercedes dan Velfire mengguna wang negeri dikatakannya mensyukuri nikmat sebaliknya jika pemimpin BN menaiki Perdana VTec dituduhnya hasil samunan dan menyakau wang rakyat,” katanya.

Selain itu, Norma juga mencadangkan had umur mengundi dinaikkan ke usia 23 tahun.

“Bagi memulihkan semula jaminan masa depan bangsa dan agenda jangka panjang pembangunan negara, disarankan had umur mengundi dinaikkan ke angka 23 tahun.

“Biar habis setidaknya pengajian ijazah pertama. Itulah situasi yang terlebih baik buat semua,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat