Program ‘Pahang Pride Kasih’ Diteruskan – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Program Pahang Pride Kasih iaitu Kad Kesihatan untuk Warga Emas Negeri Pahang akan diteruskan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM20 juta yang akan memberi manfaat kepada 30,600 orang penerima.

“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat semalam (11 Januari 2023) telah bersetuju supaya program Pahang Pride Kasih diteruskan pada tahun ini seperti mana yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2023.

”Langkah ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan yang layak di negeri ini mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya.

”Untuk menjayakan inisiatif ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM20 juta yang akan memberi manfaat kepada 30,600 orang penerima”, umum beliau menerusi Facebooknya pada Khamis.

Malah, pada tahun ini, golongan penerima turut diperluaskan merangkumi golongan warga emas, pesara KEMAS, JASA dan SERANTA, bekas ketua kampung, ketua kampung serta golongan orang kurang upaya (OKU) penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya lagi, setiap penerima akan diberi kad kesihatan yang mempunyai nilai RM500 serta boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel sepanjang tahun ini.

”Saya berharap supaya para penerima dapat menggunakan kad kesihatan yang akan diberikan ini dengan sebaik mungkin.” Ujarnya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat