Zahid beritahu KJ, ready to fight!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji keberanian yang ditonjolkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid yang sedia dicabar untuk jawatan nombor satu parti itu.

Menurut Khairy adalah tidak wajar wujud usaha menerusi usul dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 untuk menutup ruang demokrasi dalam parti yang menekankan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Alhamdulillah pagi tadi saya telah bertembung dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno. Sambil saya salam beliau ada sebut bahawa ‘ready to fight’.

“Ini bermakna beliau bersedia berdepan sebarang cabaran dalam pemilihan Umno, maksudnya beliau sendiri berani. Saya ‘salute’ beliau tak takut dan sedia untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

“Jika ada sebarang usaha tutup demokrasi dengan tidak membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan dalam pemilihan Umno, ini jelas bertentangan dengan keberanian Presiden,” tegas Khairy dalam video yang dimuat naik di Instagramnya pada Khamis.

Beliau malah mendesak agar Umno membuka senmua jawatan untuk dipertandingkan.

Dalam video dimuat naik Khairy itu kelihatan Zahid bersalam dan menyantuni pimpinan Umno yang hadir dan ketika bertemu Khairy sempat menyatakan bahawa beliau ‘ready to fight’.

Awal pagi tadi, bekas Menteri Kesihatan itu memuat naik status supaya ruang demokrasi dalam Umno tidak dimatikan kerana beliau yakin Zahid seorang ‘fighter’ yang tidak gentar menghadapi pencabar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat