YBR Sumbang RM28,600 Beli Alat Pendengaran Kepada Asnaf

- Advertisement -

AMPANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyumbangkan sejumlah RM28,600 kepada pesakit dikalangan asnaf untuk pembelian peralatan perubatan iaitu alat pendengaran.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata Inisiatif ini diberikan kepada Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia melibatkan 5 penerima B40 dan asnaf yang mempunyai masalah kurang pendengaran.

“Sumbangan tunai bagi pembelian bantuan pendengaran ini bertujuan bagi meringankan sedikit sebanyak beban golongan B40, asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik yang menghadapi masalah pendengaran dalam meneruskan kehidupan seharian.

“Dengan pemberian bantuan alat pendengaran ini diharapkan dapat mengurangkan masalah komunikasi harian mereka dimana kami memahami alat bantu pendengaran adalah sangat penting bagi merawat pesakit bermasalah pendengaran dan kosnya sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, YBR akan terus berusaha mengenal pasti golongan kurang bernasib baik daripada pelbagai kategori termasuk anak yatim, pesakit yang terlantar dan sebagainya.

“YBR berharap agar lebih banyak pihak tampil bagi memberikan bantuan kepada golongan OKU yang sentiasa memerlukan sokongan serta bantuan bagi membolehkan mereka menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik, sama seperti mereka yang lain.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, telah hadir bagi menyerahkan sendiri bantuan pembelian peralatan perubatan iaitu alat pendengaran kepada pesakit dikalangan asnaf.

Replika cek bantuan pembelian peralatan perubatan ini telah diserahkan kepada Setiausaha Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Malaysia, Dato’ Dr Faisal Abdullah.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk rekod, YBR pada tahun 2022 telah memperuntukan dana sebanyak lebih RM800,000 dan dianggarkan seramai 37,500 penerima manfaat melalui pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat