Kami Bukan Pengkhianat – Jalaludin Alias

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan 10 ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan (SD) yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa mereka bukanlah pengkhianat parti seperti didakwa.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaludin Alias menegaskan, tindakan mereka tidak membelakangkan parti apatah lagi dikatakan khianat kepada Umno.

“Tentang 10 ahli Parlimen termasuk saya, ketika itu kita buat satu keputusan berdasarkan kepada naratif parti.

“Tetapi apabila parti sudah buat keputusan akhir untuk menerima Kerajaan Perpaduan maka yang 10 ahli Parlimen itu menarik diri, buat pembatalan SD dan mengikut keputusan parti.

“Saya tidak fikir itu satu perkara yang membelakangjan parti atau boleh dikatakan khianat kepada parti,” tegas Jalaludin ketika ditemui media di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu lagi, perbuatan khianat kepada parti ialah bersama dengan parti pembangkang untuk mengalahkan calon BN ketika menghadapi PRU15.

“Itu khianat kepada parti…yang saya maklum termasuk saya, ketika kita menghadapi PRU kita berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan parti.

“Saya tak nampak sudut negatif dalam ucapan Presiden atau Timbalan Presiden . Ini ucapan yang lebih realistik, futuristik dan memiliki visi yang menampakkan perjalanan ke hadapan yang lebih jelas,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Jalaludin juga menyebut bahawa tindakan mereka pada ketika itu bukanlah satu kesalahan.

“Itu naratif parti, waktu itu kita kalah dan hanya menang 30.Jadi saya tak tahu yang lain, tapi saya berasaskan kepada naratif parti.

“Bila parti sudah buat keputusan, bahawa ini keputusan parti untuk menerima Pakatan Harapan (PH) sebagai sebahagian gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, kita okay dan tarik SD berkenaan.

“Kecuali bila parti dah buat keputusan, kita masih kekal dengan pendirian itu, itu sudah khianat pada keputusan parti,” jelas beliau lagi.

Ditanya berkenaan tindakan yang bakal diambil parti kepada kumpulan 10 ahli Parlimen Umno-BN, Jalaludin memberitahu bahawa Umno bertindak mengikut Perlembagaan.

“Ahli terikat dengan peraturan dalam Perlembagaan.

“Tindakan untuk buat pembersihan dan pemutihan dan sebagainya berasaskan pada Perlembagaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat