Pemuda Umno Desak SPR Ambil Tindakan Sogok Undi, Saman Tommy Thomas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera terhadap semua petisyen Pilihan Raya
yang telah dikemukakan mengenai salah laku sogokan wang.

Bahkan dakwa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ada video yang membuktikan amalan merasuah pengundi dengan menggunakan nama Allah.

“Apakah politik ini hanya cukup bermain dengan sentimen dan isu-isu nasional bagi meraih sokongan? Atau adakah kita rela menggadaikan prinsip moral dan agama dengan mengambil jalan mudah untuk menyogok undi, lantaran kecewa dengan fenomena hujan sehari yang memadamkan panas setahun?

“Justeru, Pemuda Umno mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengambil tindakan terhadap semua petisyen pilihan raya
yang telah dikemukakan mengenai salah laku sogokan wang bahkan ada video yang membuktikan amalan merasuah pengundi dengan
menggunakan nama Allah,” katanya dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Asyraf lagi Pemuda Umno juga mengucapkan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula mengambil tindakan menangkap suspek yang terlibat dalam kes penyelewengan RM92.5 bilion pakej rangsangan, yang diluluskan dalam tempoh darurat.

“Khabarnya lebih ramai lagi yang akan ditahan dan diambil tindakan. Ini mengesahkan lagi kesangsian kita selama ini bahawa kemungkinan
berbilion-bilion duit rakyat disakau melalui projek-projek rundingan terus yang diluluskan dalam tempoh Darurat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu.

“Barangkali mungkin sebab itu jugalah ada parti yang selama ini bersandiwara dengan mengutip duit syiling untuk memasang bendera,
kini boleh berkempen dengan berbelanja mewah sehingga ratusan ringgit dibayar kepada pengundi luar dan mahasiswa. Barangkali mungkin sebab itu juga ada parti yang baru setahun jagung ditubuh, tiba-tiba begitu mewah dalam berkempen sehingga mampu
berbelanja jutaan ringgit bagi menyogok pengundi muda dan pengundi kali pertama

“Namun, jangan sesekali lupa akan aturan Allah SWT. Menang banyak pun belum tentu boleh menjadi kerajaan. Percayalah kepada prinsip
Kemenangan yang diperoleh dengan cara yang salah dan tidak diredhai Tuhan, belum tentu memberikan natijah kebaikan yang berkekalan,” bidas beliau.

Sementara itu, tambah Asyraf lagi Pemuda Umno mencadangkan semua pemimpin-pemimpin Umno yang telah dibebaskan oleh mahkamah agar bersepakat menyaman bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang terbukti berniat jahat hanya untuk memalukan dan merosakkan reputasi Umno dengan pendakwaan politik terpilih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat