Lelaki Ditahan Selepas Gagal Bayar Tambang Teksi 210,000 Yen (RM6,969)

- Advertisement -

TOKYO – Seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan kerana gagal membayar tambang teksi berharga 210,000 yen (RM6,969) selepas menaiki pengangkutan darat itu sejauh 500 kilometer dari bandar Yokohama ke Osaka, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Menurut polis Osaka, lelaki yang berdaftar sebagai penduduk kawasan Higashiyodogawa di bandar Osaka ditahan kerana menipu.

Dia dilaporkan mengaku tuduhan itu dan berkata: “Saya menggunakan teksi untuk pulang ke rumah di Osaka. Saya memang merancang untuk melarikan diri tanpa membayar tambang jika ia terlalu mahal.”

Suspek dikatakan menaiki teksi itu di hadapan stesen kereta api JR Yokohama pada November 2022.

Dia kemudian turun di Higashiyodogawa, Osaka sambil berkata: “Saya akan mendapatkan wang (tambang) daripada ibu saya.”

Dia bagaimanapun menghilangkan diri selepas menggunakan perkhidmatan teksi tersebut sejauh 500 km dengan tambang sebanyak 210,000 yen (RM6,969). – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat