Isu Bekalan Telur Ayam Dijangka Selesai Dalam Tempoh Tiga Bulan – Salahuddin

- Advertisement -

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mewartakan sebanyak lapan jenis barangan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina2023 bermula dari 15 hingga 29 Januari ini .

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata lapan barangan itu ialah ikan bawal putih, udang putih dan bawang putih dari China.

“Selain itu, ubi kentang import (China), kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi bahagian perut dan daging babi (daging dan lemak) .

“Pihak penguat kuasa kita akan memantau dan kawal harga ini untuk tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan,” katanya ketika ditemui sebelum membuat tinjauan barangan keperluan di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, harga maksimum di peringkat runcit yang ditetapkan bagi ikan bawal putih ialah RM42 sekilogram manakala udang putih RM39 sekilogram, bawang putih RM8.50 sekilogram dan ubi kentang RM4 sekilogram.

Katanya, kubis bulat ditetapkan pada harga RM4 sekilogram, babi hidup kawalan peringkat ladang sahaja RM15 sekilogram, daging babi bahagian perut RM36 sekilogram dan daging babi bahagian daging dan lemak RM25 sekilogram.

“Jadi saya harap tidak berlaku mana-mana peniaga ataupun premis yang didenda ataupun diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Berilah kerjasama supaya kita dapat untuk berikan sedikit kegembiraan kepada rakyat khususnya pada masa sekarang ini kita menghadapi isu kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata pihaknya meminta pengguna terus membuat laporan sekiranya menghadapi masalah bekalan telur di kawasan mereka untuk tindakan segera diambil pihaknya.

“Sepanjang kita buat Ops Terjah ini, semalam saya dapat laporan di Jempol (tempat yang kekurangan bekalan telur), sebelum itu saya dapat laporan ada berlaku di Johor Bahru, sebelum itu kita dapat laporan di sempadan Kedah.

“Jadi, saya sudah meminta pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan serta-merta dan perkara itu kita boleh atasi dalam kadar yang cepat.

Salahuddin berkata, hasil daripada mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), isu bekalan telur dijangka akan selesai dalam tempoh tiga bulan lagi. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat