Hentikan Kegilaan Saran Tiada Pertandingan – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi disifatkan sebagai seorang ‘fighter’ yang tidak gentar berdepan pencabar.

Susulan itu, Zahid disaran supaya Umno membuka ruang pertandingan pada pemilihan parti akan datang.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa
Presiden seorang ‘fighter’ yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam Umno,” desak bekas Menteri Kesihatan itu di Instagramnya pada Khamis.

Khairy berkongsi sebaran infografik yang mencatat 126 Ketua Umno Bahagian menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan.

“Persoalannya, apakah Umno ini milik Ketua-ketua Bahagian sahaja?

“Apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka,” soalnya.

Media melaporkan malam tadi, seramak 140 Ketua Umno bahagian menyokong agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan.

Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Umno, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, berkata ia sebagai persediaan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat