Tok Mat Cadang Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Tidak Perlu Dipertandingkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan Umno jatuh terduduk begini, adalah lebih baik jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan bagi mengelak perpecahan lebih buruk lagi.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun, terbuka sekiranya jawatan Timbalan Presiden itu dicabar dan beliau sedia mempertahankannya.

“Saya tak ada isu, tak ada isu apa-apa siapa nak bertanding jawatan Timbalan Presiden, saya akan mempertahankan, saya tak ada isu.

“Begitu juga dengan jawatan Presiden, tapi kalau dalam keadaan kita jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan Presiden Umno dan lain-lain jawatan itu eloklah menang tanpa bertanding kan?

“Itu sebaiknya. Kalau bertanding itu mesti sedikit sebanyak ada perpecahan, tak tahulah terpulang,” ujar Mohamad ketika ditemui media di luar Dewan Merdeka, malam ini.

Pun begitu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, Umno parti yang mengamalkan demokrasi.

“… dan kita juga tak ada nak macam dulu lagi, nak tanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden mesti ada kuota .

“Sekarang ini senang saja, ada seorang penyokong pencadang you go,” ujarnya.- Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat