Malaysia Ambil Pendekatan Berhati-Hati Berkaitan Iktiraf Taliban Tadbir Afghanistan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mengiktiraf Afghanistan yang kini ditadbir oleh kerajaan Taliban.

Memetik laporan Sinar, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pendirian akan dibuat sekiranya negara itu diiktiraf secara rasmi oleh organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Kita belum iktiraf Kabul dan tidak akan tergesa-gesa dalam pengiktirafan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Malaysia telah menyumbang AS$100,000 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai usaha bantuan kemanusiaan di Afghanistan.

“Sekarang kita merancang untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan dan perbincangan dengan negara lain turut diadakan,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Hak Asasi Manusia Bebas OIC, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman telah dilantik sebagai Penasihat Khas di Afghanistan untuk memudahkan bantuan kemanusiaan.

“Sebenarnya sudah ada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang memasuki negara itu untuk membantu iaitu Global Peace Mission (GMP),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat