Isu babit Azam Baki: Jawatankuasa Pilihan Khas mesyuarat Rabu depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat, Rabu depan, untuk membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, dalam satu pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 (hari ini) kepada sembilan Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu, memaklumkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 2 petang.

Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bagi 2022 akan berlangsung di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Blok Utama Parlimen.

“Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam pekeliling itu yang mula diterima ahli jawatankuasa terbabit, pagi tadi.

Melalui pekeliling itu, Nizam Mydin turut meminta semua ahli jawatankuasa berkenaan untuk menjalani ujian kendiri COVID-19 menggunakan kaedah RTK Ag Saliva di Klinik Parlimen pada 19 Januari sebelum menghadiri mesyuarat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat juga dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Parlimen Malaysia ketika berada di Kompleks Parlimen,” katanya.

Surat pekeliling jemputan mesyuarat itu dimuat naik oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Chan Foong Hin, dalam Facebook.

“Pagi ini, menerima pengesahan bahawa satu mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan dipanggil pada 19 Januari 2022 (Rabu depan), jam 2 petang di Parlimen.

“Isu yang akan kami bincang: isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam hantaran itu.

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Selain Foong Hin, ia turut dianggotai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO); Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO); Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawak); dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS).

Seterusnya, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen (PKR); Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP); dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (Parti Warisan Sabah).

-BERITA HARIAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat