Buah tangan Gerhana Skacinta

- Advertisement -

Biarpun berada dalam pandemik Covid-19, kumpulan ska popular, Gerhana Skacinta tetap berjaya menghasilkan single berjudul Ali Baba Ska dengan kerjasama Life Records Malaysia pada tahun lalu.

Malah, video muzik lagu ini yang dimuatnaik menerusi saluran YouTube Life Records Malaysia, berjaya mencatat lebih sejuta tontonan selepas enam bulan ditayangkan.

Justeru, sempena kedatangan tahun 2022, kumpulan yang dianggotai oleh Edy J (gitar/vokal), Widy (vokal), Bakri (drum), Fairus (keyboards), Skaloot (bass), Farin (saxophone), Nadzmi (saxophone) dan Zul (trumpet) tidak menunggu masa lama untuk tampil dengan buah tangan terbaharu.

Kali terakhir muncul dengan album berjudul This Is Ska pada 2007, Gerhana Skacinta bakal hadir dengan album studio keempat pada 16 Februari ini.

Edy J berkata, album yang disiapkan sejak 2019 ini kesemuanya mengandungi 11 lagu.

“10 lagu adalah ciptaan saya sendiri, manakala sebuah lagi ciptaan Mithar Ayoes. Ia dirakamkan sepenuhnya di Bakri Music Studio termasuk prose mixed dan mastered oleh Bakri sendiri.

“Selain itu, terdapat tiga lagu Gerhana Skacinta featuring Fadh Majid, Hanis Hamdan dan Jason Friday menerusi lagu mandarin.

“Pada tarikh terbabit juga, kami akan keluarkan single pertama dari album ini beserta muzik video rasmi,” katanya.

Menurutnya, video muzik itu adalah arahan Kusha dari Darkwhite Creative Solutions yang sebelum ini turut mengarah video muzik Ali Baba Ska.

 

GERHANA Skacinta bersama kru muzik video terbaru mereka.
GERHANA Skacinta bersama kru muzik video terbaru mereka.

 

“Kerjasama ini berterusan kerana kami mempunyai keserasian semasa bekerjasama. Ia sekaligus memudahkan proses penggambaran.

“Kami percaya hasilnya nanti tidak mengecewakan dan ramai peminat Gerhana Skacinta menyukainya.

“Album terbaru ini adalah projek kolaborasi antara Gerhana Skacinta dan Todak Music,” katanya.

Edy J sebelum ini memberitahu, misi utama GSC adalah mengembalikan zaman kegemilangan album fizikal.

Ketika ramai artis sekarang lebih selesa muncul dengan single, mereka sebaliknya mahu mengembalikan zaman kegemilangan album fizikal.

Edy J turut mengakui mereka kini lebih matang dalam pembikinan album ini.

“Di samping kos penerbitan yang tidak setinggi dulu, pembawaan muzik kami juga lebih matang.

“Masing-masing punya kelebihan dan kami cantumkan pengetahuan yang ada untuk hasilkan album baru,” katanya.

Katanya lagi, persaingan sengit dalam industri hari ini menjadi cabaran utama buat GSC.

“Kami sedar, persaingannya sangat sengit memandangkan ada ramai artis baru.

“Kalau boleh dengan kehadiran album baru kami nanti, ramai akan membeli cakera padat dan tiket untuk menonton persembahan,” katanya.

Sementara itu, Widy pula berkata, mereka masih mengekalkan genre ska.

“Bezanya, kali ini kami lebih banyak bereksperimen dengan bunyi dan akan berbalik kepada proses rakaman analog seperti yang kami pernah gunakan dalam pembikinan album pertama,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat