PKP: Kelonggaran Rentas Negeri Untuk Kes Tertentu Dengan Kebenaran Polis

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

KUALA LUMPUR – Kelonggaran pergerakan rentas negeri dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam ini akan diberikan bagi kes-kes tertentu di seluruh negara dengan syarat utama perlu mendapatkan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuklah mereka yang terkandas di kampung, yang telah membeli tiket penerbangan atau tiket bas ekspres masing-masing.

“Mereka dibenarkan meneruskan perjalanan. Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, ada yang melawat keluarga sakit di hospital, kes-kes tertentu seperti ini dibenarkan jadi jangan bimbang kalau terperangkap di kampung,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau seterusnya meminta mereka yang masih terkandas di mana-mana kampung, untuk pulang segera selewat-lewatnya Jumaat ini.

“Ini supaya tidak ada sekatan pergerakan yang tak membenarkan mereka pulang dan akhirnya (mungkin mereka) terpaksa berada di kampung untuk tempoh dua minggu lagi,” katanya.

PKP akan dilaksana di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor serta Sabah, manakala PKP Bersyarat (PKPB) pula akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan, dan PKP Pemulihan (PKPP) di Perlis serta Sarawak.

Sementara itu ditanya berhubung pergerakan bantuan kemanusian ke kawasan banjir, Ismail Sabri berkata ia dibenarkan hanya dengan kebenaran polis.

Bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan, beliau berkata larangan rentas negeri bagi mereka masih kekal, dan beliau meminta mereka supaya bersabar buat masa ini.

Mengenai persidangan dan mesyuarat yang melibatkan ahli politik dan VVIP, beliau berkata mereka turut tertakluk kepada SOP PKP, PKPB serta PKPP, dan mereka disaran mengadakan perjumpaan atau mesyuarat secara maya.

Sementara itu Ismail Sabri berkata anggota media tidak perlu risau sekiranya perlu melalui sekatan jalan raya kerana kerajaan membenarkan sektor perkhidmatan penting untuk bekerja dan mereka hanya perlu menunjukkan surat kebenaran bertugas dan pas pekerjaan mereka. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...