Penantian 56 Tahun Berakhir, Johor Berjaya Rangkul Piala Emas Khir Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penantian 56 tahun Johor untuk merangkul gelaran Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari terlaksana selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebentar tadi.

Lebih manis ia adalah gelaran pertama yang diraih pasukan Johor ketika menampilkan persembahan cukup menarik di pentas final edisi ke-56 tersebut.

Pada aksi di Stadium Titiwangsa itu, Johor mengatasi ATM dengan keputusan 2-0 sekali gus menafikan hajat pasukan ATM untuk menjulang gelaran buat kali ke-13 Piala Emas Khir Johari.

Ketua jurulatih Johor, Ahmad Jais Baharun berbangga dengan kemenangan tersebut meskipun turun selaku pasukan underdog, namun anak-anak buahnya bangkit melakar sejarah.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan pemain memberikan yang terbaik meskipun turun selaku pasukan bukan pilihan kejohanan ini. Kita tahu ATM adalah pasukan terbaik.

“Sasaran awal kita adalah ke separuh akhir dan bila melangkah ke pentas final barisan pemain yang diberi amanah, menampilkan aksi cukup bertenaga untuk kita melakar kemenangan ke atas ATM,” katanya sejurut tamat perlawanan.

Hasil kemenangan tersebut, Johor membawa pulang RM30,000 berserta trofi kemenangan dan ATM yang muncul selaku naib juara kejohanan tersebut membawa pulang RM20,000.

Pasukan Kuala Lumpur mengakhiri saingan tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan Perak yang menamatkan saingan tempat keempat sekali gus membawa pulang RM5,000 beserta medal. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat