Moevd Umrah aplikasi pertama himpun pelbagai agensi dalam satu platform

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilihan agensi dan harga bagi setiap pakej umrah kini lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Moevd Umrah.

Aplikasi gaya hidup tersebut telah dilancarkan pada 6 Disember lepas di Kuala Lumpur oleh Moevd Groups Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan.

“Moevd Umrah ini merupakan platform digital pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej umrah dari pelbagai agensi di seluruh Malaysia.

“Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah yang terbaik untuk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja” kata Zumy Zuheidy, Ketua Pegawai Eksekutif Moevd Groups.

Dalam majlis sama, Persatuan Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) turut menyokong platform digital yang diperkenalkan itu.

“Dengan adanya platform Moevd Umrah ini, semua agensi yang berdaftar di bawah PAPUH boleh menggunakan platform ini untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan umrah mereka,” kata Datuk Sri Razali.

Moevd ialah aplikasi gaya hidup yang dibangunkan oleh syarikat yang berdaftar di Malaysia, menawarkan servis seperti e-hailing, penghantaran makanan dan bukngkusan, tempahan umrah, insurans, dan banyak lagi akan datang.

Sementara itu, Moevd juga turut menawarkan pendaftaran percuma, promosi percuma dan kempen yang agresif di media sosial dan di dalam aplikasi kepada agensi yang berdaftar di bawah mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat