Jamal Cadang Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Dipertandingkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun depan.

Menurutnya, cadangan tersebut dibuat setelah meniliti situasi dalaman parti UMNO yang masih tidak stabil.

“Saya menyarankan supaya usul dibuat dalam PAU jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

“Kerana UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil,

“Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad menerusi Facebooknya.

Menurut Jamal lagi, ia berikutan tidak mahu mengulangi desakan untuk menjatuhkan presiden seperti yang berlaku pada tahun 2018.

Katanya lagi, walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018. -SUARATV

May be an image of text

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat