RMK-12: Kerajaan Komited Jana Semula Ekonomi Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mengambil kira pelbagai strategi bagi menjana semula ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19 menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selain pembangunan ekonomi hijau, antara bidang utama yang diberi tumpuan dalam RMK-12 turut meliputi pembangunan industri berpotensi tinggi, halal dan biomas.

“Fokus utama kita adalah dalam pembangunan industri berpotensi tinggi, industri kreatif, biomas, pertanian pintar,” katanya ketika rakaman ucaptama pada Webiner RMK-12: Conversation with Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, usaha itu juga bagi menangani isu struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan.

Dalam pada itu, pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, 80 peratus daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mempunyai pendapatan secukupnya selepas bersara.

“Lebih 80 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai pendapatan secukupnya selepas bersara dan terus berada di garis kemiskinan.
“Hanya 18 peratus sahaja yang mempunyai wang mencukupi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat