Da’i Syed didakwa lagi, rogol wanita 23 Tahun

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti, Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku tidak bersalah di dua mahkamah di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, dua bulan lepas.

Syed Shah Iqmal, 25, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T berwarna biru cair, dilihat tenang ketika membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin dan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita berumur 22 tahun itu, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 pagi hingga 4 pagi, 17 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha  manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal bagaimanapun berkata walaupun kes ini tidak boleh dijamin, mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin.

“Tertuduh memberi kerjasama yang baik ketika disoal siasat polis malah beliau hadir sebanyak dua kali tanpa bantahan ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam sebelum ditahan. Dia juga menjadi pemandu arah rumahnya di Damansara kepada pihak polis untuk siasatan forensik berhubung kes yang dihadapinya,” kata peguam itu.

Syed Amirul berkata sekiranya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin, pihaknya memohon jumlah jaminan minimum berikutan tertuduh tidak mempunyai pendapatan sejak pandemik COVID-19 di samping perlu menjaga ibu dan abangnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan.

Menurut Syed Amirul, isu tertuduh mengganggu mangsa juga tidak relevan untuk dibangkitkan pihak pendakwaan kerana dua telefon bimbitnya sudah dirampas oleh pihak polis.

“Jaminan yang diberikan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan bukan bertujuan untuk menghukumnya. Wang jaminan di Mahkamah Petaling Jaya juga masih belum dilangsaikan kerana anak guam saya tidak mempunyai wang yang mencukupi. Diharap mahkamah dapat memberikan jumlah jaminan yang rendah,” katanya.

Hakim Rofiah Mohamad kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai serta menetapkan 25 Jan tahun depan untuk sebutan kes.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Syed Amirul berkata anak guamnya akan ditahan sementara di lokap polis di Beranang, Hulu Langat sehingga proses ikat jamin selesai pada Selasa depan.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan bekas peserta program realiti agama itu tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3.01 petang sempat bertanya khabar kepada media yang hadir membuat liputan kes yang dihadapinya.

Syed Shah Iqmal turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi.

Kedua-dua pertuduhan di dakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Okt lepas.

—  BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat