Iskandar Dilantik Pengerusi STAR Semenanjung – Jeffrey Kitingan

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Bekas Pengerusi Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah (SOGCA) Datuk Iskandar Abdul Malik dilantik sebagai Pengerusi STAR Semenanjung berkuat kuasa semalam.

Watikah pelantikan Iskandar, yang merupakan seorang ahli korporat dan pernah menyertai beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebagai lembaga pengarah itu, disampaikan oleh Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu majlis ringkas diadakan di Kuala Lumpur.

“Pelantikan Iskandar sebagai Pengerusi STAR Semenanjung dilihat mampu membantu memperkukuhkan lagi parti memandangkan beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk politik dan korporat,” kata Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Iskandar yang turut menerima kad keahlian seumur hidup menzahirkan penghargaan atas pelantikan itu dan menyifatkan ia sebagai satu amanah besar dalam membawa perjuangan STAR di Semenanjung.

Beliau turut mengajak anak-anak Sabah di Semenanjung untuk bersama-sama dalam perjuangan STAR.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat