U Mobile: Jangan buat tuduhan liar kepada Sultan Ibrahim, pegang saham 9 tahun sebelum jadi Agong – Vincent Tan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taikun perniagaan Tan Sri Vincent Tan mempertahankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di saat kontroversi pemilihan U Mobile selaku pengendali rangkaian 5G kedua negara.

Vincent Tan yang merupakan pengerusi U Mobile berkata, Sultan Ibrahim telah menjadi pemegang saham syarikat itu sejak 2015, iaitu sembilan tahun sebelum menjadi Agong.

“Di saat kita menggalakkan perbincangan awam yang sihat, kita juga perlu menggesa yang sebarang komen melibatkan Agong kita dibuat secara bertanggungjawab dan berlandaskan fakta, bukan tuduhan liar.

“U Mobile telah dan akan sentiasa terbuka untuk berhubung dengan masyarakat awam secara telus dan membina.

“Ini kerana kejayaan U Mobile adalah ekoran sokongan masyarakat…,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Business Today, pada Ahad.

Sultan Ibrahim adalah pemegang saham kedua terbesar dalam U Mobile, dengan 22.3 peratus pegangan.

Pemegang saham terbesar adalah Straits Mobile Investments Pte Ltd iaitu subsidiari kepada ST Telemedia milik syarikat pelaburan Singapura, Temasek – dengan 48.3 peratus peangan.

Straits Mobile Investments diumumkan akan mengurangkan pegangannya kepada 20 peratus.

Selain penglibatan Agong, keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan pemilihan U Mobile turut membangkitkan persoalan mengapa syarikat telekomunikasi lain yang lebih berpengalaman diketepikan.

Dalam kenyataan hari ni, Vincent Tan berkata syarikatnya mempunyai kemampuan sama dengan syarikat lain.

“Dengan liputan rangkaian populasi pada tahap 95 peratus, U Mobile setanding dengan CelcomDigi dan Maxis,” katanya.

Katanya lagi, U Mobile adalah syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan 5G tanpa kos tambahan, dan secara konsisten menawarkan perkhidmatan dengan harga 20 hingga 25 peratus lebih rendah berbanding pesaingnya.

Sementara itu, Vincent juga mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana cuba mewujudkan monopoli 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB).

Beliau mendakwa langkah itu membawa risiko kepada wang pembayar cukai.

Sebaliknya, katanya, tiada dana awam akan digunakan dalam jaringan U Mobile.

“Bertentangan dengan tuduhan liar, tiada kontrak berbilion ringgit yang melibatkan wang pembayar cukai diberikan kepada U Mobile.

“U Mobile akan mendanai keseluruhan pelaksanaan rangkaian kedua ini.

“Tiada satu sen pun wang pembayar cukai akan digunakan, sangat berbeza dengan model monopoli pentadbiran Muhyiddin yang didanai pembayar cukai dan mendedahkan risiko kepada wang pembayar cukai kita,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat