BN akan calonkan semula bekas Ketua Menteri di DUN Usukan, Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak akan dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal berlangsung sebelum Oktober 2025.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi BN Sabah yang Ketua Umno negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin semasa Program Gerak17 DUN Usukan Sabtu lalu.

Menurut Bung, Salleh akan bertanding di kerusi DUN Usukan di Kota Belud kerana memenuhi kriteria yang diperlukan selain sejajar dengan aspirasi rakyat.

Pengumuman pemilihan Salleh bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana selain Adun yang mempertahankan jawatan, beliau juga merupakan Bendahari UMNO Sabah.

Salleh sebelum ini pernah menjadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun dari Januari 1995 hingga November 1996. Ketika itu Sabah menggamalkan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah setiap dua tahun bagi mengurangkan ketegangan politik antara kaum dan agama.

Salleh juga pernah menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum 2018 bagi Parlimen Kota Belud. Bagaimanapun bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Belud itu kembali ke arena politik apabila dipilih sebagai calon DUN Usukan dalam PRN Sabah yang ke-16 dan memenangi kerusi tersebut.

Bulan lalu, SuaraTV melaporkan BN Sabah menggugurkan dua penyandang jawatan bagi DUN Tajung Keramat dan DUN Tajung Batu, iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmy Yahya Shahelmy dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy.

Program Gerak17 merupakan aturcara BN Negeri Sabah melancarkan jentera pilihan raya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berada dalam sasaran mereka untuk bertanding.

BN Sabah dijangka bertanding minimum 42 dari 73 kerusi DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat