Program KeDESA terus bantu pelajar bumiputera di Terengganu

- Advertisement -

TERENGGANU — Program Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani (KeDESA) 2024
diteruskan lagi di negeri Terengganu bermula pada 11 hingga 25 November 2024.

Pengarah Program KeDESA 2024 Datuk Mohd Faizal Daud berkata matlamat utama program KeDESA 2024 adalah untuk membantu anak-anak bumiputera menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya program ini akan memfokuskan kepada Moto 4M iaitu mencari pelajar, mengenal pelajar, memberi kesedaran dan membantu pelajar.

“Kita mencari kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan.

“Selain itu mengenal pasti pelajar secara lebih dekat dan terperinci kumpulan disasarkan ini seperti pekerjaan keluarga, jumlah pendapatan dan tanggungan serta beberapa perkara yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM) itu berkata, pihaknya sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya pendidikan dan menjadi perantara kepada mereka untuk menyambung pelajaran ke Universiti Awam, Politeknik dan TVET yang terpilih.

“Kumpulan disasarkan ini akan diselaraskan untuk ke institusi yang sesuai mengikut kelulusan dan kesesuaian tawaran institusi pendidikan dan kemahiran di seluruh negara,” katanya.

Untuk rekod, Program Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani (KeDESA) 2024
telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Julai 2024.

Ini juga merupakan Program anjuran Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM).

Program ini menyediakan pengisian yang menarik antaranya ialah Pameran Pendidikan, Permohonan Pembiayaan Pendidikan, Penerangan Kemasukan IPT, Penerangan tentang Konsep Malaysia Madani, Permohonan Terus ke Institusi Pengajian Awam/Kemahiran, Motivasi Keibubapaan, Pameran Agensi Berkaitan dan Ziarah Masyarakat.

Program yang akan dijalankan ini akan dihadiri lebih daripada 20 Agensi Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Agensi Institusi Kemahiran berbentuk pameran pendidikan dan kesedaran motivasi.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat