PRN Melaka: Pejuang tak sokong mana-mana calon, letak proksi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tegas tidak menyokong sesiapa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, jauh sekali meletak calon proksi.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sejak awal lagi memberitahu untuk tidak turut serta dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

“Walau bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Mahathir berharap penjelasan ini tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan beliau mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding.

Pada 25 Oktober lalu, Pejuang kekal pendirian tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Dr Mahathir berkata, Pejuang juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik yang menyertai PRN tersebut.

“Kita tidak akan bantu mana-mana pihak, kita berkecuali sama sekali.

“Ahli-ahli Pejuang tidak akan pergi atau berucap dalam PRN Melaka, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat