‘Okay’ Dengan Lantikan Azmin, Sanusi Ucap Tahniah

Saringan Komuniti Di Meru Bermula Rabu

SHAH ALAM: Saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang akan dimulakan pada Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: Leicester 1 (Barnes 86) Fulham 2 (Lookman 30, Cavaleiro 38-pen) West Ham 2 (Ogbonna 2, Bowen 46) Aston Villa 1...

Banjir: Baru 2 Hari Balik Rumah, Kena Pindah Semula Ke PPS

BAGAN SERAI: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah...

Pentadbiran Joe Biden Bakal Dianggotai Ramai Wanita, Orang Kulit Berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita. Perkara itu menjadikan...

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

ALOR SETAR: Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat bersetuju dengan pelantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan tetapi tidak membantah dan menganggap Mohamed Azmin sebagai calon sesuai bagi jawatan itu.

Beliau juga berkata, maklumat berhubung lantikan berkenaan merupakan berita baru buat beliau dan mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“Saya tak ada maklumat (berhubung lantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya) lagi, tapi okaylah kalau (gabungan parti yang membentuk) PN (Perikatan Nasional) lantik dia.

“Saya ucap tahniah (kepadanya), (berhubung) dia (Azmin) dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, ini berita baru buat saya, terima kasih (maklumkan),” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa.

Terdahulu, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pada Isnin, dalam usaha mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin turut dilantik mengetuai sayap Pemuda PN dalam merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi supaya dapat merapatkan silaturahim antara ahli parti – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Saringan Komuniti Di Meru Bermula Rabu

SHAH ALAM: Saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang akan dimulakan pada Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri...

Banjir: Baru 2 Hari Balik Rumah, Kena Pindah Semula Ke PPS

BAGAN SERAI: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah...

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...