Pencemaran Bau Air Mentah Disyaki Berpunca Dari Kawasan Perindustrian

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli...

RAWANG – Pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kawasan Industri Kecil dan Sederhana di Taman Velox Rawang, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Katanya pencemaran itu menyebabkan air loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) GBK 225 di Taman Velox dekat sini bertukar kepada warna merah dan mengeluarkan bau seakan-akan bawang yang sudah busuk.

Beliau berkata pihaknya percaya terdapat industri berdekatan kawasan itu yang mengeluarkan efluen (sisa buangan) jenis warna merah yang bertanggungjawab ke atas pencemaran bau air tersebut.

“Loji kumbahan IWK ini hanya boleh merawat air kumbahan dari kawasan perumahan dan bukan cecair dari industri.

“Loji tidak dapat merawat air kerana pihak tidak bertanggungjawab telah membuang bahan industri dalam sistem pembentungan yang tidak boleh dirawat oleh loji,” katanya kepada pemberita di loji rawatan kumbahan IWK GBK225 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berjaya memerangkap efluen industri itu dan kerja-kerja membersihkan loji tersebut sedang giat dijalankan pada masa ini.

“Apa yang akan kita buat ialah kita akan tutup loji ini sepenuhnya dan kita akan keluarkan air yang berwarna merah itu daripada loji,” katanya.

Beliau juga telah mengarahkan air di loji itu dikeringkan dan dihantar ke loji lain untuk dirawat kerana terdapat juga bau di dalam longkang berdekatan loji tersebut.

“Loji ini telah dihentikan operasi namun kita mendapati terdapat juga discaj secara kecil-kecilan dari loji melimpah keluar ke parit-parit berdekatan kerana loji ini pun sudah berusia 10 tahun, jadi kemungkinan ada kebocoran sedikit di mana-mana,” katanya.

Beliau berkata pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan langkah nyah bau dengan meletakkan 37 beg arang untuk mengawal pencemaran di longkang di lokasi itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor Hee Loy Sian berkata LUAS telah mengaktifkan Operasi Pengepaman Air Kolam (Opak) Bestari Jaya sehingga 192 juta liter sehari (JLH) bagi meningkatkan faktor pencairan dan pelepasan air Empangan Sungai Tinggi kepada 500 JLH dan Empangan Sungai Selangor 300 JLH.

Hee berkata pihak LUAS juga menaikkan semua pintu sungai di Baraj Bestari Jaya bagi tujuan memerah dan mempercepatkan aliran ke hilir sungai.

Beliau berkata loji rawatan air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada 12.20 tengah hari kerana bacaan pencemaran bau sebanyak lapan TON (ukuran kadar bau).

Katanya dalam masa terdekat, bacaan TON di Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, SSP 2 dan SSP 3 dijangka menjadi sifar pada lewat malam ini dan pihak LUAS serta agensi lain bertungkus-lumus untuk mencairkan bau air itu.

Hari ini, Bernama melaporkan pencemaran itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.

Turut dilaporkan gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...