Fitri menanti cahaya mata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagai nak luruh jantung penyanyi nasyid, Fitri Haris apabila mendapat berita gembira isterinya, Fazilah Omar hamil anak pertama.

Sebelum ini, juara program Gema Gegar Vaganza musim kedua itu pernah diuji apabila Fazilah yang juga pengurusnya keguguran pada Januari lalu.

Berita gembira turut dikongsi Fitri menerusi muat naik video dalam laman Instagram.

“Saya bersyukur mendapat perkhabaran gembira isteri hamil selama empat minggu. Hanya Allah sahaja tahu keinginan kami mahu memiliki anak.

“Sebelum ini, saya reda apabila diuji dengan keguguran isteri selepas kami pulang mengerjakan umrah. Allah pinjamkan seketika keseronokan, kemudiannya ambil semula.

“Alhamdulillah, kini diberi ganti yang baru. Semoga segala-galanya dipermudahkan dan terima kasih yang mendoakan kami,” katanya kepada BH Online.

 

Fitri Haris dan isteri, Fazilah Omar sekian lama menyimpan keinginan memiliki cahaya mata. - Foto Fitri Haris
Fitri Haris dan isteri, Fazilah Omar sekian lama menyimpan keinginan memiliki cahaya mata. – Foto Fitri Haris

 

Mengenai jantina anak, bekas anggota nasyid UNIC itu menerima ketentuan takdir dengan lapang dada.

“Saya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan terdahulu. Isteri pula ada cahaya mata lelaki. Jadi, kami sudah ada sepasang cahaya mata.

“Kami terima sahaja pemberian Allah sama ada anak lelaki atau perempuan. Dikurniakan rezeki isteri hamil ini pun saya sudah cukup bersyukur,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Oktober, tahun lalu secara tertutup.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat